Friday, November 21, 2008

Honda Goldwing


Continue Reading...

SUDAH BERSEDIAKAH KITA?

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darahLalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanahAyam tak petok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna
Harta, takhta dan puteraIsteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia
Continue Reading...

Sunday, July 13, 2008

Continue Reading...

truck


Continue Reading...

Saturday, July 12, 2008

Markah Matematik

Seorang murid darjah satu pulang dengan gembira setelah dia berjaya mendapat 10 markah pada ujian matematik.
Anak : " Mak! Saya mendapat 10 markah pada ujian matematik dan kata guru hanya saya saja yang mendapat 10 markah!"
Emak : " Pintar anak mak. Murid yang lain dapat markah berapa"??
Anak : " Kata guru yang lain mendapat 100 markah".
Continue Reading...

PENCURI KABEL ELETRIK




Continue Reading...

Friday, July 4, 2008

BUAT BLOG

Sudah lama saya ingin menjadi bloggers. Alhamdulillah dengan bantuan abah saya kinisaya telah memiliki blog peribadi sendiri. Masih ada yang belum memiliki lapangan maya ini. Hal inilah yang menyebabkan hati saya tergerak untuk berkongsi berkenaan membina blog peribadi. Mudah-mudahan dengan sedikit petunjuk yang diberikan ini, ianya boleh dijadikan panduan oleh sahabat-sahabat sekalian.

Selamat mencuba!

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT BLOG

Langkah Pertama
1. Langkah yang pertama layari
www.gmail.com
2. Sign Up akaun gmail anda
3. Akaun gmail tersebut akan digunakan sebagai username dan password automatik semasa mendaftar blog anda.

Langkah Kedua
1. Untuk langkah seterusnya buka laman www.blogger.com Sekiranya anda sudah mendaftar akaun gmail, akaun anda sudah terdaftar automatik.
2. Klik pada “create account”
3. Masukkan kata laluan dan password anda (akaun gmail)
4. Namakan blog anda cth :
http://skgualsitok.blogspot.com
5. Ikuti langkah seterusnya dan pilih tamplate yang anda sukai.Teknik Menukar Tamplate Yang Menarik

1. Layari laman web yang menawarkan tamplet berformat XML secara percuma.-cth :
www.finalsense.com
2. Pilih tamplate blog yang berformat XML yang anda sukai.
3. Copy kod tersebut.
4. Buka dashboard akaun blog anda.
5. Klik pada layout, kemudiannya klik pada HTML.
6. Kemudian buang kod yang sedia ada dan pastekan HTML yang baru diperolehi.
7. Save dan lihat blog anda yang berwajah baru.

p/s: sesetengah blog menawarkan tamplate jenis upload. Oleh itu tamplate tersebut perlu didownload terlebih dahulu dan diupload. Step yang digunakan adalah sama dengan diatas.

Pastikan anda menggunakan perisian mozzila fireworks semasa mendownload. Contoh web yang menawarkan tamplate berbentuk upload adalah :
1. http://layout4all.blogspot.com/Cara meletakkan shout box
1. Layari
http://cbox.ws/?r=4-3384896
2. Kemudian sign up akaun baru anda
3. Ikuti langkah seperti yang diarahkan
4. Copy kod HTML
5. Kemudian buka laman dashboard anda
6. Klik pada add page element
7. Klik pada HTML
8. Kemudian paste HTML dalam kotak tersbut.
9. Save hasil anda.
10. Kemudian klik view dan lihatlah blog anda sudah mempunyai shout box.

Cara post artikel terbaru.
1. Layari
www.blogger.com
2. Sign in dengan id anda
3. Kemudian klik new post pada blog anda.
4. Isikan kotak yang tersedia dengan artikel anda.
5. Kemudian tekan publish post.
6. Lihatlah artikel anda sudah tersiar.

Untuk Hiasan Lain anda boleh layari:
1. Jam :
http://www.clocklink.com/
2. Counter :
http://www.histats.com/viewstats/?SID=309638&f=1v
3. Bahan:
http://pimp.myyearbook.com/glitter-word-generator.php
4. Hiasan lain :
http://photobucket.com/
5. Map of visitor:
http://feedjit.com/
6. Shout Box :
http://cbox.ws/?r=4-33848967.

Widget: http://adiwidget.blogspot.com/
Continue Reading...
 

Blogroll

Site Info

Text

aMeR iFaN bLog Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template